Tuesday 16 July 2013

Juz 7 [Quranic Gems] - Nouman Ali Khan - Quran Weekly (Good & Pure in Life)

   .



May Allah makes this month a fruitful one with pure, goodness and good deeds.
May all of us come out from this month with forgiveness and become among those who He free from the fire. May Allah helps.

لا حول ولا قوة إلا بالله

This is a very benefits and useful video to us. A commentary from Sh. Nouman based on ayah from surah al Maidah verse of 100th. Never look out for bad or something-that-not-really-bad things even its easily available and common. And all people around used to do it. See what our Creator and Prophet say about such things.

Alhamdulillah, I am benefiting from all the video from Juz 1 until 7. Allahu Musta'an.





Bad and Filth things in life.
Even if everybody do it.
Even this world is surrounded many with it.
Don't do it. Don't take it.
Be among of those who have concise thought
And only choose the good and pure things in this life.




Surah al Maidah (7:100)


Monday 18 March 2013

Ingin mendengar apa yang Allah katakan kepada dirimu?


Bismillah.

Quran adalah sebuah buku yang mengandungi kata-kata Allah Azza Wa Jalla. Perkataan Quran membawa maksud sesuatu yang banyak dibaca. Yang sentiasa diulang bacaannya. Itulah definisinya. Jadinya kita tak patut tertinggal satu hari pun untuk membacanya kerana itulah perkara yang dituntut bagi kita. Pernah dengar tak kata-kata yang berbunyi begini, " Jika kita nak bercakap dengan Allah, solatlah. Jika kita nak Allah bercakap dengan kita, bacalah Quran." Kenapa begitu ya?

Saya nak berkongsi dengan apa yang diperkatakan oleh Ibn Al-Qayyim Al- Jauziyyah berkenaan al-Quran yang merupakan kalamuAllah iaitu kata-kata ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

Peraturan-Peraturan Penting : Keadaan-keadaan yang perlu diadakan oleh seseorang supaya dapat meraih manfaat daripada al-Quran.


Jika engkau ingin meraih manfaat daripada al-Quran, engkau perlu fokus dan menyerahkan hatimu sepenuhnya apabila membaca dan mendengarnya. Engkau hendaklah memberi tumpuan, dan cuba untuk memahami bahawa apa yang engkau sedang baca adalah kata-kata Allah Subhanahu Wa Taala. Sepanjang membaca, engkau perlu tahu bahawa Allah sedang bercakap dengan mu di dalamnya dan menerusi seluruh al-Quran ini. Sesungguhnya, ia adalah kata-kata Allah kepadamu melalui lidah Rasul-Nya. Allah berfirman,


A037

 Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.

Mendapat kesan yang sempurna bergantung kepada stimulus/pencetus, pada tempat yang menerima, keadaan untuk kesan itu muncul, dan pada ketiadaan penghalang yang mungkin merosak kesan tersebut. 

Ayat Quran diatas menerangkan semua perkara itu dengan sangat terperinci dan dengan ayat yang jelas. Dan apabila Allah berkata yang bermaksud, " Sesungguhnya, padanya ada peringatan" ia adalah petunjuk kepada permulaan surah sehinggalah ayat yang dibaca. Kata-kataNya " untuk dia yang mempunyai hati" merujuk kepada tempat penerima dan itu bermaksud hati yang hidup yang mana memberi kefahaman terhadap apa yang Allah sebut. Contohnya apabila Allah berkata,


A069

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan; 

 A070

 Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar. 

  
"Orang yang sedia hidup" membawa maksud orang yang  hidup hatinya. Dan apabila Allah berkata yang bermaksud, " atau memberi pendengaran" membawa maksud orang tersebut mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Dan ini adalah keadaan yang diperlukan untuk benar-benar terkesan dengan ayat-ayat tersebut.

Dan kata-kata Dia, " apabila dia memberi perhatian" bermakna mengetahui, iaitu hatinya sedar dan tidak diganggu oleh apa-apa perkara duniawi.

Ibn Qutaibah berkata," Dia sedang mendengar Kitab Allah sedang hatinya bersama-samanya dan memahami; bukan tanpa perhatian dan tanpa sedar. Jika hati itu tidak memberi perhatian,kurang memahami apa yang dikatakan, malahan tidak nampak atau tidak dapat untuk merenung tentangnya, maka disana terdapat satu penghalang. Jika al-Quran dapat menghasilkan kesan pada penerima, iaitu hati yang hidup, dan keadaan mendengar itu dapat terhasil, dan hati itu tidak sibuk dengan sesuatu selain daripada maksud ayat, maka kesan yang diingini akan terjadi, yang mana meraih manfaat daripada al-Quran dan zikrullah (mengingati Allah).

Hati yang hidup.

Sesetengah orang mungkin berkata jika kesan ini berlaku apabila semua ini dapat dilakukan, apa tujuan perkataan 'atau' didalam "atau memberi telinga" apabila perkataan 'dan' yang menggabungkan dua perkara dan bukan 'atau' yang bermaksud salah satu. Pada ini, ia boleh dikatakan, " Soalan ini sangat baik dan jawapannya adalah seperti berikut, " Ayat tersebut mengandungi 'atau' kerana menimbangkan pada keadaan orang yang dicakapkan dan dipanggil. Kebanyakan orang sudah sedia ada mempunyai hati yang hidup maka apabila dia berfikir dan merenung, hati dan fikirannya akan membawanya kepada kebenaran al-Quran, dan hatinya akan meyakini apa yang dikatakan oleh al-Quran. Dan disini al-Quran yang melalui hatinya hanya akan menambahkan lagi cahaya yang sedia ada didalam hatinya. Ini adalah deskripsi tentang mereka, yang mana Allah berkata,

 A006

 Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji. 

Dan Dia Yang Maha Tinggi berkata tentang mereka,

 A035

 Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. 

Ini adalah cahaya yang sedia ada didalam hati orang yang bertakwa yang mengenali cahaya dan kecantikan cahaya Allah yang terkandung didalam kebenaran al-Quran, dan ini adalah keadaan pemilik hati yang hidup yang mana ia sedar. 

Ibn Al-Qayyim berkata,"Kami telah menyebut beberapa pelajaran yang terdapat pada ayat ini dalam buku Ijtima' al-Juyush al-Islamiyah 'ala al-Ghazwa al-Muatilah Wa al-Jahmiyah. Pemilik hati ini menggabungkan hatinya dengan makna-makna al-Quran. Dia mendapati ianya seperti tertulis didalam hatinya, dan dia membaca dan memahami dengan hatinya. Ramai manusia yang tidak memiliki hati yang penuh sedia dan sedar, iaitu hati yang sepenuhnya hidup.Hati sebegitu memerlukan saksi untuk membezakan betul dan salah. Kehidupan hati dia,cahayanya,terangnya tidak seperti pemilik hati yang hidup dan sedar. Jalan untuk membawa dia kepada petunjuk ini adalah dengan mengarahkan pendengarannya kepada perkataan-perkataan al-Quran, dan hatinya berfikir, merenung dan memahami maknanya. Dia kemudiannya akan mengetahui  akan kebenaran.
  

Pertama: Keadaan orang yang melihat sendiri dengan matanya kepada apa yang dipanggil dan diberitahu.

Kedua: Keadaan dia yang mengetahui kejujuran dan ketakwaan  orang yang memberitahunya dan berkata "Kejujurannya cukup bagiku". Itu adalah tingkat iman manakala yang pertama itu tingkat Ihsan. Yang pertama mencapai 'Pengetahuan yang Pasti' dan hatinya dipanggil 'Mata yang Pasti' manakala yang satu lagi punyai keyakinan yang pasti yang menyelamatkannya dari kufur dan membolehkannya masuk ke dalam Islam. 

Terdapat dua jenis 'Mata yang pasti': Satu didunia ini dan satu lagi diakhirat sana. Yang ada didunia ini adalah mata yang disimpulkan sebagai hati, seperti mata sang saksi. Segala yang diberitahu oleh Rasulullah Salla Allahu Alaihi Wasallam tentang perkara ghaib, akan dilihat diakhirat nanti dengan mata sendiri dan didalam kehidupan ini ia akan dilihat melalui pengetahuan.

 

 

 Ibnul Qayyim Al Jauziyyah 

Al Fawaid

 

Dan antara perkara yang menjadi bonus tambahan untuk memahami al-Quran adalah apabila kita mampu menguasai bahasa Arab. Jadi untuk itu tidak kira berapa usia kita, tak perlulah nak rasa segan untuk mempelajari bahasa syurga ini.

Membaca al-Quran dengan cantik juga membantu kita untuk memahami dan menambah rasa indah pada pendengaran sendiri dan orang lain yang mendengar juga. Membaca secara bertajwid mencantikkan bacaan secara tidak langsung. Mempelajari tajwid hukumnya fardhu ain, wajib kepada setiap orang. Bila tak belajar, salah bacaan berdosa akibatnya. Tentu kita semua nak membaca sepertimana yang dibaca oleh Nabi Muhammad Salla Allahu Alaihi Wasallam bukan? 

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mempelajari kursus Tajweed oleh Tajweed Made Easy Course yang diajar oleh Sheikha Wafaa ini.

 Will be satisfied inshaAllah. And the time spent is worth. Ladies only :)

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
























Wednesday 5 December 2012

Hari-hari terakhir di Irbid, Jordan.





Bismillah.

 2011

Tinggal lebih kurang 1 bulan 3 hari lagi, sebelum saya dan beberapa kawan meninggalkan Jordan. Setelah dua tahun mencari ilmu, dalam silibus atau pun luar silibus, melalui musim sejuk, bunga dan panasnya disini. Berpeluang menikmati makanan orang tempatan seperti maqlubah, mansaf, syawarma, dan ma'janatnya. Bermuamalah dengan rakyat tempatannya. Semua dah merasa. Dan banyak lagi kenangan yang tak pernah terfikir akan berlaku seperti berjumpa dengan tokoh-tokoh ekonomi Malaysia seperti Dr. Zeti Akhtar Aziz, Dr. Daud Bakar dan Dr. Akram Laldin disini. Berpeluang bermusafir ke Turki dan Syria. Berjalan di hampir semua mantiqah di Jordan melihat sejarahnya. Masing-masing punya kisahnya tersendiri. Ada baik dan buruknya.

Setiap pertemuan ada perpisahan. Dan perpisahan yang berlaku pasti bersama air mata, kesedihan buat mereka yang merasa.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

 2012

Saya pernah berada disini. Melalui jalan ini. Sesungguhnya masa- masa yang sudah berlalu sekejapnya terasa. Bagaikan semalam dan ia hanya beberapa ketika sahaja.

Beginilah rasanya agaknya keadaan bila kita disana dan apabila mengingat kembali waktu-waktu didunia ia berlaku bagaikan beberapa jam sahaja.

Alhamdulillah di bumi ini, saya kenal seorang guru Quran universiti, orang yang dekat hatinya dengan Quran. Kuat imannya dengan Allah sehinggakan pelajar-pelajar yang belajar dengan beliau mengatakan beliau kasyaf.Tahu apa yang ada dalam hati kita. Orang yang connection dia kuat dengan Allah, Allah ilhamkan dihatinya perkara yang benar. MasyaAllah saya sendiri pernah mengalami malahan kawan terdekat juga bercerita apabila kami menduduki ujian bacaan alQuran.MashaAllah wajah beliau sangat tenang, bercahaya dengan nur iman yang terpancar dari hati.

Aku sangat bertuah dapat mengenalimu wahai orang yang dekat ikatan hatinya dengan Allah malah berpeluang untuk memeluk beliau buat kali pertama dan mungkin terakhir. Teringat waktu itu. Aku teragak-agak menyusun kata meminta izin untuk memeluk beliau. Belum pun terucap kata-kata. Aku melihat wajah indah itu tersenyum. Beliau bangun melangkah dan memeluk aku. Aku menangis dibahunya. Menangis kerana gembira dan sedih. Menangis kerana diri sendiri.

Teringin untuk bertemu lagi. Memandang wajah manis itu lagi. Moga ada rezeki berjumpa disana. Bahawa aku menyayangi mu kerana Allah. Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.

Ya Allah ini perasaannya berjumpa dengan hamba Mu yang soleh. Gembira apabila menatap wajahnya.
Kurniakan aku rezeki untuk melihat Mu dengan rahmat Mu ya Allah. Jangan biarkan aku sendiri dalam menetapkan urusanku. Sesungguhnya aku tiada upaya melainkan dengan pertolongan Engkau, Ya Rabbi. Ampunkan dosa diri ini yang tidak melaksanakan hak Mu sebaiknya. Jangan biarkan aku berjumpa dengan Mu dengan dosa-dosa yang terpalit. Lindungi aku daripada ianya berlaku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang.