Wednesday, 5 December 2012

Hari-hari terakhir di Irbid, Jordan.





Bismillah.

 2011

Tinggal lebih kurang 1 bulan 3 hari lagi, sebelum saya dan beberapa kawan meninggalkan Jordan. Setelah dua tahun mencari ilmu, dalam silibus atau pun luar silibus, melalui musim sejuk, bunga dan panasnya disini. Berpeluang menikmati makanan orang tempatan seperti maqlubah, mansaf, syawarma, dan ma'janatnya. Bermuamalah dengan rakyat tempatannya. Semua dah merasa. Dan banyak lagi kenangan yang tak pernah terfikir akan berlaku seperti berjumpa dengan tokoh-tokoh ekonomi Malaysia seperti Dr. Zeti Akhtar Aziz, Dr. Daud Bakar dan Dr. Akram Laldin disini. Berpeluang bermusafir ke Turki dan Syria. Berjalan di hampir semua mantiqah di Jordan melihat sejarahnya. Masing-masing punya kisahnya tersendiri. Ada baik dan buruknya.

Setiap pertemuan ada perpisahan. Dan perpisahan yang berlaku pasti bersama air mata, kesedihan buat mereka yang merasa.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

 2012

Saya pernah berada disini. Melalui jalan ini. Sesungguhnya masa- masa yang sudah berlalu sekejapnya terasa. Bagaikan semalam dan ia hanya beberapa ketika sahaja.

Beginilah rasanya agaknya keadaan bila kita disana dan apabila mengingat kembali waktu-waktu didunia ia berlaku bagaikan beberapa jam sahaja.

Alhamdulillah di bumi ini, saya kenal seorang guru Quran universiti, orang yang dekat hatinya dengan Quran. Kuat imannya dengan Allah sehinggakan pelajar-pelajar yang belajar dengan beliau mengatakan beliau kasyaf.Tahu apa yang ada dalam hati kita. Orang yang connection dia kuat dengan Allah, Allah ilhamkan dihatinya perkara yang benar. MasyaAllah saya sendiri pernah mengalami malahan kawan terdekat juga bercerita apabila kami menduduki ujian bacaan alQuran.MashaAllah wajah beliau sangat tenang, bercahaya dengan nur iman yang terpancar dari hati.

Aku sangat bertuah dapat mengenalimu wahai orang yang dekat ikatan hatinya dengan Allah malah berpeluang untuk memeluk beliau buat kali pertama dan mungkin terakhir. Teringat waktu itu. Aku teragak-agak menyusun kata meminta izin untuk memeluk beliau. Belum pun terucap kata-kata. Aku melihat wajah indah itu tersenyum. Beliau bangun melangkah dan memeluk aku. Aku menangis dibahunya. Menangis kerana gembira dan sedih. Menangis kerana diri sendiri.

Teringin untuk bertemu lagi. Memandang wajah manis itu lagi. Moga ada rezeki berjumpa disana. Bahawa aku menyayangi mu kerana Allah. Alhamdulillah atas nikmat iman dan Islam.

Ya Allah ini perasaannya berjumpa dengan hamba Mu yang soleh. Gembira apabila menatap wajahnya.
Kurniakan aku rezeki untuk melihat Mu dengan rahmat Mu ya Allah. Jangan biarkan aku sendiri dalam menetapkan urusanku. Sesungguhnya aku tiada upaya melainkan dengan pertolongan Engkau, Ya Rabbi. Ampunkan dosa diri ini yang tidak melaksanakan hak Mu sebaiknya. Jangan biarkan aku berjumpa dengan Mu dengan dosa-dosa yang terpalit. Lindungi aku daripada ianya berlaku Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang.