Bismillah.
Quran adalah sebuah buku yang mengandungi kata-kata Allah Azza Wa Jalla. Perkataan Quran membawa maksud sesuatu yang banyak dibaca. Yang sentiasa diulang bacaannya. Itulah definisinya. Jadinya kita tak patut tertinggal satu hari pun untuk membacanya kerana itulah perkara yang dituntut bagi kita. Pernah dengar tak kata-kata yang berbunyi begini, " Jika kita nak bercakap dengan Allah, solatlah. Jika kita nak Allah bercakap dengan kita, bacalah Quran." Kenapa begitu ya?
Saya nak berkongsi dengan apa yang diperkatakan oleh
Ibn Al-Qayyim Al- Jauziyyah berkenaan al-Quran yang merupakan kalamuAllah iaitu kata-kata ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.
Peraturan-Peraturan Penting : Keadaan-keadaan yang perlu diadakan oleh seseorang supaya dapat meraih manfaat daripada al-Quran.
Jika engkau ingin meraih manfaat daripada al-Quran, engkau perlu fokus dan menyerahkan hatimu sepenuhnya apabila membaca dan mendengarnya. Engkau hendaklah memberi tumpuan,
dan cuba untuk memahami bahawa apa yang engkau sedang baca adalah kata-kata Allah Subhanahu Wa Taala. Sepanjang membaca, engkau perlu tahu bahawa Allah sedang bercakap dengan mu di dalamnya dan menerusi seluruh al-Quran ini. Sesungguhnya, ia adalah kata-kata Allah kepadamu melalui lidah Rasul-Nya.
Allah berfirman,
Sesungguhnya
(keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak
syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang
sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya
dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati
dan fikiran kepadanya.
Mendapat kesan yang sempurna bergantung kepada stimulus/pencetus, pada tempat yang menerima, keadaan untuk kesan itu muncul,
dan pada ketiadaan penghalang yang mungkin merosak kesan tersebut.
Ayat Quran diatas menerangkan semua perkara itu dengan sangat terperinci dan dengan ayat yang jelas. Dan apabila Allah berkata yang bermaksud, " Sesungguhnya, padanya ada peringatan" ia adalah petunjuk kepada permulaan surah sehinggalah ayat yang dibaca. Kata-kataNya " untuk dia yang mempunyai hati" merujuk kepada tempat penerima dan itu bermaksud hati yang hidup yang mana memberi kefahaman terhadap apa yang Allah sebut. Contohnya apabila Allah berkata,
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair
kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang
Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan
Kitab Suci yang memberi penerangan;
Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya),
dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur
ingkar.
"Orang yang sedia hidup" membawa maksud orang yang hidup hatinya. Dan apabila Allah berkata yang bermaksud, " atau memberi pendengaran" membawa maksud orang tersebut mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Dan ini adalah keadaan yang diperlukan untuk benar-benar terkesan dengan ayat-ayat tersebut.
Dan kata-kata Dia, " apabila dia memberi perhatian" bermakna mengetahui, iaitu hatinya sedar dan tidak diganggu oleh apa-apa perkara duniawi.
Ibn Qutaibah berkata," Dia sedang mendengar Kitab Allah sedang hatinya bersama-samanya dan memahami; bukan tanpa perhatian dan tanpa sedar. Jika hati itu tidak memberi perhatian,kurang memahami apa yang dikatakan, malahan tidak nampak atau tidak dapat untuk merenung tentangnya, maka disana terdapat satu penghalang. Jika al-Quran dapat menghasilkan kesan pada penerima, iaitu hati yang hidup, dan keadaan mendengar itu dapat terhasil, dan hati itu tidak sibuk dengan sesuatu selain daripada maksud ayat, maka kesan yang diingini akan terjadi, yang mana meraih manfaat daripada al-Quran dan zikrullah (mengingati Allah).
Hati yang hidup.
Sesetengah orang mungkin berkata jika kesan ini berlaku apabila semua ini dapat dilakukan, apa tujuan perkataan 'atau' didalam "atau memberi telinga" apabila perkataan 'dan' yang menggabungkan dua perkara dan bukan 'atau' yang bermaksud salah satu. Pada ini, ia boleh dikatakan, " Soalan ini sangat baik dan jawapannya adalah seperti berikut, " Ayat tersebut mengandungi 'atau' kerana menimbangkan pada keadaan orang yang dicakapkan dan dipanggil. Kebanyakan orang sudah sedia ada mempunyai hati yang hidup maka apabila dia berfikir dan merenung, hati dan fikirannya akan membawanya kepada kebenaran al-Quran, dan hatinya akan meyakini apa yang dikatakan oleh al-Quran. Dan disini al-Quran yang melalui hatinya hanya akan menambahkan lagi cahaya yang sedia ada didalam hatinya. Ini adalah deskripsi tentang mereka, yang mana Allah berkata,
Dan orang-orang yang
diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa
keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai
hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta yang memimpin ke
jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji.
Dan Dia Yang Maha Tinggi berkata tentang mereka,
Allah yang menerangi
langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci
Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu;
lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang)
laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan
minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang
bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa
turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir
minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana
jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang
demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya
berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah
mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan
Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Ini adalah cahaya yang sedia ada didalam hati orang yang bertakwa yang mengenali cahaya dan kecantikan cahaya Allah yang terkandung didalam kebenaran al-Quran, dan ini adalah keadaan pemilik hati yang hidup yang mana ia sedar.
Ibn Al-Qayyim berkata,"Kami telah menyebut beberapa pelajaran yang terdapat pada ayat ini dalam buku Ijtima' al-Juyush al-Islamiyah 'ala al-Ghazwa al-Muatilah Wa al-Jahmiyah. Pemilik hati ini menggabungkan hatinya dengan makna-makna al-Quran. Dia mendapati ianya seperti tertulis didalam hatinya, dan dia membaca dan memahami dengan hatinya. Ramai manusia yang tidak memiliki hati yang penuh sedia dan sedar, iaitu hati yang sepenuhnya hidup.Hati sebegitu memerlukan saksi untuk membezakan betul dan salah. Kehidupan hati dia,cahayanya,terangnya tidak seperti pemilik hati yang hidup dan sedar. Jalan untuk membawa dia kepada petunjuk ini adalah dengan mengarahkan pendengarannya kepada perkataan-perkataan al-Quran, dan hatinya berfikir, merenung dan memahami maknanya. Dia kemudiannya akan mengetahui akan kebenaran.
Pertama: Keadaan orang yang melihat sendiri dengan matanya kepada apa yang dipanggil dan diberitahu.
Kedua: Keadaan dia yang mengetahui kejujuran dan ketakwaan orang yang memberitahunya dan berkata "Kejujurannya cukup bagiku". Itu adalah tingkat iman manakala yang pertama itu tingkat Ihsan. Yang pertama mencapai 'Pengetahuan yang Pasti' dan hatinya dipanggil 'Mata yang Pasti' manakala yang satu lagi punyai keyakinan yang pasti yang menyelamatkannya dari kufur dan membolehkannya masuk ke dalam Islam.
Terdapat dua jenis 'Mata yang pasti': Satu didunia ini dan satu lagi diakhirat sana. Yang ada didunia ini adalah mata yang disimpulkan sebagai hati, seperti mata sang saksi. Segala yang diberitahu oleh Rasulullah Salla Allahu Alaihi Wasallam tentang perkara ghaib, akan dilihat diakhirat nanti dengan mata sendiri dan didalam kehidupan ini ia akan dilihat melalui pengetahuan.
Ibnul Qayyim Al Jauziyyah
Al Fawaid
Dan antara perkara yang menjadi bonus tambahan untuk memahami al-Quran adalah apabila kita mampu menguasai bahasa Arab. Jadi untuk itu tidak kira berapa usia kita, tak perlulah nak rasa segan untuk mempelajari bahasa syurga ini.
Membaca al-Quran dengan cantik juga membantu kita untuk memahami dan menambah rasa indah pada pendengaran sendiri dan orang lain yang mendengar juga. Membaca secara bertajwid mencantikkan bacaan secara tidak langsung. Mempelajari tajwid hukumnya fardhu ain, wajib kepada setiap orang. Bila tak belajar, salah bacaan berdosa akibatnya. Tentu kita semua nak membaca sepertimana yang dibaca oleh Nabi Muhammad Salla Allahu Alaihi Wasallam bukan?
Jadi jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama mempelajari kursus Tajweed oleh Tajweed Made Easy Course yang diajar oleh Sheikha Wafaa ini.
Will be satisfied inshaAllah. And the time spent is worth. Ladies only :)