بسم الله والحمد لله
Petikan daripada Siri 1: Mukaddimah
Pengenalan mengenai Pengarang;
Kitab Penawar Hati ini karya Syeikh Abdul Qadeer bin Abdul Mutallib yang merupakan anak kelahiran seberang pada tahun 1910. Merantau menimba ilmu di Kedah dan Tanah Haram. Karyanya terdiri daripada pelbagai cabang ilmu dari Usul Fiqh, Feqah, Pendidikan, Politik dan Tasawuf. Anakandanya Syeikh Muhammad adalah ulama Melayu yang diberikan tauliah untuk mengajar di Masjidil Haram sepertimana beliau. Beliau meninggal dunia pada tahun 1960.
Sedikit daripada apa yang telah disyarahkan oleh Dr. :
- Tasawuf adalah ilmu tentang hati, akhlak, tazkiyatun nafs.
1. Hati ini perlu dikosongkan daripada segala sesuatu kecuali Allah S.W.T kemudian diisi dengan sifat mahmudah akhlak yang terpuji setelah itu barulah kita dapat merasai kebesaran Allah S.W.T.
2. Anggota badan kita adalah antara nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T maka jagalah sebaiknya daripada melakukan maksiat untuk menunjukkan kita bersyukur, beradab dengan Allah. Tanya pada orang yang kekurangan panca indera bagaimana keadaan mereka? Susah kan.
Mata - Telinga - Lidah - Perut - Faraj - Tangan - Kaki
3. Anggota badan akan jadi saksi di akhirat nanti. Allah akan tayang semula kejahatan yang dilakukan. Jangan lakukan maksiat kalau tak nak anggota badan jadi saksi. Mulut tak boleh cakap pasal nanti ada sahaja alasan yang diberikan.
__________________________________________
Bagi saya syarahan daripada Dr. Abdul Basit ini sangat bermanfaat dan dapat mendengar sendiri ulasan daripada Dr. Abdul Basit terasa lebih segar dan menyentuh hati.
Dan yang paling best, saya dengar berdua.. Dengan mak saya mungkin sedikit sebanyak ayah saya juga.
Alhamdulillah.
Semoga Allah bantu saya mendengar, menghadam dan amal.
Knowledge is what you act upon it.
Moga Allah panjangkan umur Syeikh Abdul Basit dalam iman dan amal.
Semoga ianya bermanfaat untuk anda juga.
Boleh lihat melalui link ini.
No comments:
Post a Comment