Showing posts with label Foods n Drinks. Show all posts
Showing posts with label Foods n Drinks. Show all posts

Sunday, 26 September 2010

Nasi Dagang dIrbid



Alhamdulillah, hari ni turn saya masak, dptlah try masak nasi dagang...Walaupun tak cukup bahan, guna je apa yg ada. Alhamdulillah, ada je rasa nasi dagang tu..hehe.

Nasi Dagang Terengganu

Sumber : minami133 kat myresipi


Bahan-bahannya:

# **NASI**
# 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
# 1/2 tin santan
# garam dan gula
# 1 sudu besar halba
# bawang dan halia (hiris halus2)
# air

Cara2nya :
Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

- Diolehkeranakan ketiadaan pengukus, saya masak nasi macam biasa la..:). Campur semua dan masak macam nasi lemak je.
- Beras saya guna 1 cawan beras thailand + 1 cawan beras mansaf ( kenapa nak guna beras pulut? sy pon tak tahu. Inipun kawan yg bgtau guna beras mansaf pasal beras ni macam beras pulut.

Ada satu lagi resipi yg tak guna beras pulut:

Sumber :yani kat myresipi

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 4 cawan beras jasmen
* 1 tin(400ml) santan pekat
* 4-5 ulas bawang putih-dimayang
* 1cm halia - hiris macam bilah mancis
* 1 sudu kecil halba
* garam
* gula

Cara-cara

1. Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam
2. Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.
3. Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.


Acar

# 2 batang timun
# 1 batang lobak merah
# 1/2 biji bawang besar
# 1 biji lada besar
# cuka, garam, gula (instead of cuka, sy tukar lemon)

Cara:

Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan perahan lemon, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.


Gulai ikan nasi dagang
Sumber, c/p dari: ummizaihadi

Bahan:-

4 ekor ikan tongkol besar (direbus bersama satu keping gula nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa. Air rebusan disimpan untuk digunakan dalam kuah nanti) - * Ummi wat 1 ekor jek. (tengok kat sebelah bahan asal, ummi punya sukatan ek)

Untuk Kuah:-
-1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar (1 sudu besar)
-1/2 senduk nasi serbuk jintan manis (1 sudu besar)
-segenggam lengkuas yang dihiris (2 cm)
-1 inci kunyit hidup/ 1 sudu besar kunyit serbuk (1 inci)
-1 labu bawang putih (yang besar) (4 ulas)
-2 inci halia (1 inci)
-3/4 kilo bawang merah/lebih (8 ulas)
-1 1/2 bungkus cili boh (yang RM1.20 sebungkus) (4 sudu besar)
-kerisik dari 1/2 biji kelapa (3 sudu besar)
-4 keret/keping besar gula nisan - bulatan +- 4 inci (1/2 keping je)
-santan dari 4 biji kelapa (jangan terlalu cair) (2 cawan)
-2 inci kulit kayu manis (1 inci)

Cara Memasak:-
Semua bahan untuk kuah diblend, kecuali kerisik, gula nisan, santan dan kulit kayu manis. Masak santan sehingga naik minyak sedikit (dikacau selalu atas api perlahan), barulah dituangkan bahan kisar diikuti kerisik, gula nisan dan kulit kayu manis. Masak biar lama (api perlahan). Bila santan telah surut separuh, masukkan sedikit air lagi hingga paras pertama tadi dan masak lagi biar surut separuh. Kemudian barulah dimasukkan ikan yang telah direbus tadi serta separuh dari asam gelugor rebus tadi. Tambahkan air rebusan hingga ke paras pertama tadi dan masak dengan api perlahan (reneh) sehingga kuah agak pekat dan kacau sekali sekala sahaja agar ikan tidak hancur. (masak kuah hingga 7 jam dan kuah akan bertukar menjadi gelap dan tulang ikan akan reput macam sardin tu...* tapi Ummi masak sekejap je lah hingga ikan benar2 lembut je dalam 1 jam lebih sikit je..xyah reput tulang laa..perut pun lapar dah aihh).

- Saya guna ikantakdenama..hehe tapi asalnya kalau tak silap dengar p.cik arab tu kata argentina mari, (ye ke?)takde rebus dh pasal isi ikan tu lembut dan tak isi lengkuas pasal memang takde la kat sini..he he.

- Dan saya guna gula perang, tak dak gula nisan.Masak pun dalam 1 jam je.

Saturday, 25 September 2010

Roti Canai

Alhamdulillah, pagi tadi dapat buat roti canai. Bagi saya rasa dia dah lembut dan tak perlu tebar cuma tarik nipis2 je, sedap alhamdulillah. Makan dengan sambal ikan bilis dan kuah dal. Meh tengok resipi dan cuba insha Allah senang je, :)

Roti Canai
sumber :joayee kat myresipi

Bahan-bahannya:

550gm tepung gandum (5 cawan)
1 biji telur (50gm)
1 sd teh garam (6gm)
3 sd susu pekat (60gm=60ml, saya isi gula halus dan air 60 ml)
1 sd kecil marjerin (15gm)
250 ml air
1-2 sd kecil tepung gandum ( tambah kalau lembik masa menguli)

Cara-caranya:

1> Firstly, campur semua kecuali tepung gandum sehingga sebati.
2> Masukkan tepung gandum.
3> Uli sampai jadi doh.
4> Rehat 10 minit.
5> Uli 5 minit.
6> Ulang step 4 dan 5 sebanyak 3 kali.
7> Masa first time uli, jgn risau kalau doh macam agak lembik, lama2 lps 3rd time
uli, doh dah tak lekat. Tapi bila 2nd time uli doh agak lembik, boleh la isi 1sd
kecil tpung gandum.( saya 1st time uli tu dh tmbh tpung, ok je jadi,alhamdulillah
la.)
8> Bentuk bulat2, sapu dgn minyak sikit, perap selama 3 jam atau lebih. (saya tak
perap pun, takut tak sempat, tetamu dah hampir nak smpai,he. alhamdulillah lembut
n ok je:) )

- saya tak tulis part guna breadmaker. selamat mencuba!

Kuah dal:

Sumber :s_shamen, myresipi

Bahan:

1 cawan kacang dal
1 sd kecil serbuk kunyit.
Air secukupnya untuk rebus.
1 biji kentang
1 btg lobak.
1 biji terung.
Sedikit kacang panjang
3 biji cili hijau ( potong tak perlu nipis sangat ye)
Sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis.
1 biji bawang besar @ 6 bj bawang merah. (dunayang)
3 ulas bawang putih(diracik)
2 inci halia (diracik)
Sedikit daun kari dan biji sawi (tak letak sebab tak ada)
Garam and gula sesedap rasa.

Cara-caranya:

1> Rebus kacang dal dan isi serbuk kunyit sampai empuk.
2> Isi kentang, lobak, biar sampai empuk.
3> Then isi sayur lain.
4> Kat kuali lain, tumis bunga cengkih, bunga lawang dan klit kayu mnis dgn bawang
sampai garing kemudian isi dalam rebusan kacang dal tadi. Isi garam dan gula
sesedap rasa. Kacau sedikit. Siap dihidang!

Sambal ikan bilis.

Sumber:junjis myresipi
Segenggam ikan bilis.
6sd lada kering kisar.
3 ulas bwg putih
2 biji bawang besar ( sebiji dimayang, another dikisar)
1 keping asam keping

Cara-cara:

1> Kisar semua b/merah sebiji, b/putih, lada kering, ikan bilis sedikit.
2> Tumis bahan kisar sampai warna agak maroon, pecah minyak.
3> Then bubuh b/merah yg dimayang dengan ikan bilis tadi. Isi garam, gula sesedap
rasa. Siap!, insha Allah.

- Actually ni sambal nasi lemak sebenarnya, ambil resipi k.fiza kat myresipi tak
silap. Sedap kena je dgn ni.

- May Allah bless always for the giver for giving all of this lovely recipe. <3