Showing posts with label Jamiah Yarmouk. Show all posts
Showing posts with label Jamiah Yarmouk. Show all posts

Sunday, 22 May 2011

Last paper dan insha ALLAH khirijat





Bismillah. Alhamdulillah beberapa jam yang lepas saya dah bebas dari exam di dunia sebagai pelajar mengambil jurusan ekonomi islam di Yarmouk University. Lega2. Kertas periksa Masorif Islam Muasaroh ini pun agak mudah. Atau saya yang sudah terpedaya kerana merasa agak mudah? Insha ALLAH kheir! Tawakal je!

Masa nak pulang kertas periksa, Doktor Amir Atum yang baik berkata, "Fatimah, macam mana exam? Saya, " Alhamdulillah," Takkan nak kata senang kan, tak dapat result best nanti malu sendiri je. " Doakan saya doktor" saya kata lagi. Doktor pun kata " Semoga Allah permudahkan urusan." Saya pun,"Ameen".

Alhamdulillah is all i'm gonna say. And am i really2 save from this exam?
Erk.

Friday, 24 September 2010

Masuk sekolah.

kelas sem lepas

Alhamdulillah, 19/9/10 yang lepas saya dan kawan-kawan selamat memasuki tahun akhir ijazah EkOnomi dan Perbankan Islam dengan selamat walaupun ada kawan-kawan yang menghadapi masalah untuk tasjil madah termasuklah saya. Namun Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T subjek yang diingini diperoleh. Moga Allah permudahkan jalan mencari ilmu ini buat kami semua. Mengharapkan pertolongan dan rahmat Allah untuk menutup sem ini dengan muaddal yang meningkat dan ilmu diberkati.

Sem ini saya tasjil subjek:

1. Feqh Muamalat~ Dr.
2. Tilawah wal Hifdz~ Dr. Manal
- saya sorang je peljar Melayu dalam kelas tu.
3. Nusus Islamiah billughah injiliziah~ Dr. Ahlam Mutholaqoh
4. Lughah 'Arabiah 2~ Dr. tak masuk kelas lagi n saya sorang juge.
5. Fikr Masrofiy Islamiyy~ Dr. Ibrahim Ubadah

Ya Allah, Engkau permudahkanlah perjalanan kami menuntut ilmu ini. Ampunkan dosa kami. Jangan biarkan kami dibelenggu dengan dosa. Jauhkan kami dgn dosa seperti mana jauhnya barat dan timur. Kasihanilah kami. Terangkan hati kami untuk belajar ilmu Mu. Robbi yassir wala tuassir ya Allah.