The reminder benefits the believer. Set the Hereafter As high as possible Back of your mind Deep inside the heart As you can see it clearly infront of you The world and what in it will follow. Ya Rabbi Ya ALLAH help me.. None can help me Except You.
Monday, 31 January 2011
Ya ALLAH..Selamatkan penduduk Malaysia dan keseluruhannya disana dari keburukan.
Sangat menyedihkan.
Keadaan yang sangat genting di Mesir sekarang ini sangat merisaukan dan menyakitkan bagi seorang muslim melihat muslimin dan muslimat yang lain ditimpa kesusahan dan kesakitan. Ya Allah lindungi siswi-siswi dan seluruhnya disana. Harapnya keselamatan mereka terjaga. Moga langkah-langkah keselamatan seperti mengumpulkan mereka disuatu tempat atau dihantar balik ke tanah air dapat dicepatkan.
Mengetahui kesan-kesan yang wujud akibat demonstrasi yang berlaku menyedihkan hati. Penjara dibakar mengakibat 6000 banduan dijalan Mesir. Rumah-rumah dipecah. Kerosakan bangunan dan kemudahan asas. Makanan dicatu. Keselamatan terancam. Sangat-sangat besar keburukan yang timbul akibat demonstrasi ini.
Salah satu talk Shaykh Nouman Ali Khan beliau berkata : Krisis pemerintahan yang terawal berlaku dalam sejarah pemerintahan Islam adalah apabila tiadanya kemaafan tapi apa yang dimahukan adalah keadilan.
Conflict Resolution
Justice Vs Forgiveness
Nasihat Berharga Bagi Para Pemberontak dari Imam Ibn Al Qayyim al-Jawziah R.H
Dalam sebuah riwayat daripada Sa’id B. Jubair rahimahullah ketika bertanya kepada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata,
قلت لابن عباس آمر إمامي بالمعروف قال إن خشيت أن يقتلك فلا فإن كنت فاعلا ففيما بينك وبينه
Aku bertanya kepada Ibnu ‘Abbas, “Adakah aku perlu mengajak pemimpinku kepada kebaikan?” Ibnu ‘Abbas menjawab, “Sekiranya engkau takut ia akan membunuhmu, maka tidak perlu. Tetapi jika kamu memang hendak melakukannya, maka lakukanlah (nasihat tersebut) hanya di antara engkau dengan dia sahaja.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/96, no. 7592. Ibnu Abi Syaibah 15/74, no. 38462. Juga disebutkan oleh Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 82 – Maktabah Syamilah)
Perkataan Imam Abu Bakr Muhammad B. al-Walid at...h-Thurthusyi rahimahullah (Wafat 520H) untuk sama-sama fikirkan. Beliau berkata,
فلئن قلت إن الملوك اليوم ليسوا كمن مضى من الملوك، فالرعية أيضًا ليسوا كمن مضى من الرعية، ولست بأن تذم أميرك إذا نظرت آثار من مضى منهم بأولى من أن يذمك أميرك إذا نظر آثار من مضى من الرعية، فإذا جار عليك السلطان، فعليك بالصبر، وعليه الوزر
“Sekiranya kamu mengatakan bahawa para raja (pemerintah) pada hari ini tidak seperti raja-raja terdahulu, maka para rakyat juga tidak seperti rakyat terdahulu. Kamu lebih gemar mencela para pemimpin kamu apabila kamu melihat kesalahan mereka sebagaimana para pemimpin terdahulu juga mencela kamu apabila mereka melihat kesalahan-kesalahan rakyat terdahulu. Maka apabila seseorang pemerintah menzalimi kamu, maka hendaklah kamu bersabar. Dia akan mendapat dosa dari pebuatannya tersebut.”
Kemudian beliau menukilkan perkataan ‘Abdul Malik B. Marwan (seorang Khalifah Bani Umayyah) kepada rakyatnya,
قال عبد الملك بن مروان: ما أنصفتمونا يا معشر الرعية، تريدون منا سيرة أبي بكر وعمر ولا تسيرون فينا ولا في أنفسكم بسيرتهما
Berkata ‘Abdul Malik B. Marwan,
“Berlaku adillah kepada kami wahai seluruh rakyat. Kamu mahukan dari kami seperti pemerintahan Abu Bakr dan ‘Umar, tetapi kamu tidak mahu berjalan bersama kami dan tidak pula mencontohi rakyat di zaman mereka berdua (Abu Bakr dan ‘Umar).” (Ath-Thurthusi, Siraj al-Muluk, 1/94)
Perkataan ‘Abdul Malik B. Marwan ini sebagaimana perkataan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu sebagaimana yang disebutkan oleh Syaikh Muhammad B. Sholeh al-‘Utsaimin (rahimahullah):
وذكروا أن رجلا من الخوارج الذين خرجوا على علي بن أبي طالب جاءوا إلى علي فقال له يا علي ما بال الناس قد تغيروا عليك ولم يتغيروا على أبي بكر وعمر ؟ قال لأن رجال أبي بكر وعمر أنا وأمثالي ورجالي أنت وأمثالك
Terjemahan: Terdapat seorang lelaki dari kalangan khowarij datang untuk memberi peringatan kepada ‘Ali B. Abi Tholib lalu berkata:
“Wahai ‘Ali, kenapa manusia banyak mengkritik pentadbiran engkau, sebaliknya tidak seperti permerintahan Abi Bakr dan ‘Umar?”
Maka ‘Ali pun menjawab:
“Kerana para rakyat di zaman Abi Bakr dan ‘Umar adalah aku dan orang-orang yang sepertiku, tetapi rakyat pada masaku pula adalah kamu dan orang-orang yang seperti kamu.” (al-‘Utsaimin, Syarah Riyadhus Sholihin, 1/220, Maktabah Syamilah. Lihat juga web rasmi Ibn ‘Utsaimin, Syarah Riyadhush Sholihin, Bab 23: al-Amr bil Ma’ruf wa al-Nahi ‘An al-Mungkar, http://www.ibnothaimeen.com/all/books/article_18033.shtml)
Wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment